9
Semperna cuti-cuti panjang ni apa kata nak kongsi dengan uols resepi dan cara buat Cheese Cake yang pada alin mudah dan sedap. Cuma penyediaan dia tu kalau nak rasa sedap kene follow tata tertib dia. Jangan risau siapa yang tak pernah baking pun boleh buat punya. 

Alin pun dah 4x buat sejak belajar dengan Chef Puan Roziatul Mona. Yang paling best testimoni orang-orang yang makan semua kata sedap. Hahaha... ni bukan angkat bakul sendiri tau memang realiti. Hihihi... ok jom layan resepi dan cara-cara nak buatnya. Ada 2 bahagian tau. Bahagian tapak kek dan bahagian cheese kek.
Resepi cheese kek mudah
Bahan-bahan yang digunakan


1. Tapak kek

  • 66-70g mentega
  • 7-8 keping biskut Digestive
  • Aluminium foil untuk balut tapak acuan

  

 

 

Nampak tak cara nak sediakan cheese kek tu? easy peasy kan?? Tak faham baca bawah ni.
  1. 7-8 keping biskut dihancur-hancurkan sesedap rasa. 
  2. Timbang mentega dan panaskan sehingga cairkan 
  3. Dah cair tutup api. Campurkan biskut yang telah hancur tadi. Gaul sehingga rata semua biskut.
  4. Tapak acuan dinalut dengan aluminium foil dan disapu sedikit magerin dipermukaan foil dan ditepi acuan
  5. Tuang biskut yang telah dicampur mentega ke dalam acuan dan rata-ratakan biskut di dalam acuan sehingga kedap.
  6. Dah puas hati, masukkan acuan berisi biskut tadi ke dalam fridge. Tinggalkan semalam untuk rasa yang best. Jika tak sabar boleh letakkan ke dalam bahagian sejuk beku untuk 15-30 minit.
Tapak biskut sedia untuk "diperam" dalam fridge

2. Cheese kek
  • 250g cream cheese. Boleh guna Philidephia atau Tatura Chese
  • 1/2 cup gula pasir halus
  • 1 - 1.5 sb tepung jagung
  • 2 biji telur 
  • 1st esen vanila (Kami gantikan dengan 1 sb mealshakes Shaklee)
  • 1 bekas yogurt yg 200ml (tak bubuh pun tak pe. nak ganti guna wiping cream pun boleh, tapi yogurt lagi sedap)
 
 


Untuk cheese cream pula
  1. 250g cheese cream dikacau dengan hand mixer sehingga lembut dan kembang.
  2. Letak 1 biji telur dan kacau sebati. Then letak telur ke-2 dan kacau.
  3. Letak  esen vanila atau 1sb Meal shakes Shaklee unutk buang bau hanyir telur.
  4. Kemudian letak 1.5 sb tepung jagung supaya tak nak bagi lembik sangat.
  5. Kacau lagi sehingga lembut dan kembang.
  6. Pastikan oven sudah dipanaskan 10 minit sebelum mula membakar kek. Letakkan semangkuk air dalam oven untuk bagi lembab.
  7. Bakar pada suhu 125'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam. (ikut oven masing-masing, jangan terlalu panas, nanti pecah kek)
  8. Dah lepas 1 jam, bagi kek cool down dalam oven dlm 30-1jam supaya kek tak terkejut dan terbantut. hihi..
  9. Dah sejuk leh sejukkan kek dulu dalam fridge sebelum hias. nak hias terus pun ok jer.
3. Untuk hiasan atau toping ikut kreativiti masing-masing
  • Oreo crunched cookies
  • Nutella coklat
  • Buah Strawberi
  • Strawberi Fruitfill
Cara buat cheese kek
Tadaaa... sedia untuk dimakan
haha bagaimana? Mudah kan cuma tatatertib tu jer kena sabar layan. Nak rasa sedap kan??? Malas nak buat order jer dengan Mona, setel. ok selamat mencuba kengkawan. Dah cuba nanti tinggalkan komen ek. ohhh lapar



----/

Azlin
Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM



Post a Comment

Amira Amin said... January 21, 2016 at 11:14 AM

hai assalamualaikum.
resepi yang senang dan sangat membantu.
tapi saya kurang faham part aluminium tu. hehe

Azlin Mohd Atan said... March 14, 2016 at 7:28 PM

Haiii waalaikumussalam
Part aluminium tu just nk balut tapak kek jer

Izzuddin ARK said... March 22, 2016 at 6:23 PM

salam. pasal yogurt tu bile nak gune?

mencari shabat said... August 23, 2016 at 11:49 AM

Kira nya kak cheese tu letak atas tapak biskut ye?

mencari shabat said... August 23, 2016 at 11:49 AM

Kira nya kak cheese tu letak atas tapak biskut ye?

Unknown said... August 27, 2016 at 2:27 PM

Akak, tapak kek blh jgk gune biskut oreo kan?

zam zarina Yatim said... October 28, 2016 at 12:20 PM
This comment has been removed by the author.
liyana mohamad ali said... December 17, 2016 at 3:38 PM

Salam tepung jagung tu nak letak berapa byk ye

Nurul Hamizah said... April 6, 2017 at 11:43 PM

Klau xgune yogurt atau whipping cream boleh x??

 
Top