Skip to main content

Cabaran Menyusu anak Kembar dari Kaca mata Suami - SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU

Speechless. Berfamili dengan matlamat yang luar biasa! Terharu bab 'balancing' kebapaan dan kesuamian to match keisterian dan keibuan. Tahniah Mohd Yazid Ismail dan isteri Widyana Ali. Terima kasih kerana berkongsi. 

----/

"SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU"
(Nukilan mohd Yazid Ismail pada 25 Julai 2013)


Bulan ni (Julai 2013) cukup setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab "MENYUSU". Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan2 bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yg dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.

Pada 8/10/2011 anak kembar kami dilahirkan pramatang. Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency. Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari2 saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM. 

Mujur nature kerja saya sebagai unit trust consultant (Public Mutual) tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi saya banyak masa utk bersama Fina. Saya batalkan banyak apoimen dengan klien. Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras utk menyusu Dhia dan dlm masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad utk full breasfeed anak kembar kami.

Makin lama makin berat dugaan sebab twin dh mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap "xpe..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup". Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas..susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis. 

Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yg umur 300bulan nangis sama2(baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok. Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah sy beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed, padahal dh banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll. Susu fm tu Dyana buang. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.

Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan.. dua2 gigit mama masa menyusu sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.. ya Allah berat mata memandang berat lagi yg memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu. Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah dah tak tahan tengok keluar ke bilik sebelah lap air mata sambil fikir nak seludup masuk rumah susu fm dan simpan di stor, bagi kat twin senyap2 untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi.. takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.

Tidur malam memang tak cukup,tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu..saya tak boleh nak tolong sbb saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah. Pastu pagi petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock..memang kagum saya tengok disiplinnya dlm bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan. Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak..maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni ;)

Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu. Saya cutikan dua2 kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dh nak masuk isyak. Dia cakap sedih sbb dh banyak kali hampir xsempat magrib.. suami sepatutnya jaga ibadah isteri. 

Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama dtg ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat2 nk magrib dua2 berebut menyusu lama..gilir2 hingga nak masuk isyak. Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin..kalau x diorg menangis (kadang2 termasuk mamanya join sekali). 

Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.

Jika ada orang tanya lagi "kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?" saya akan jawab "sebab menyusu" ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah :)


Ni gambar terkini Dhia dan Fina (yg dishare di FB beliau). Semoga menjadi anak2 yg solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah utk bagi yg terbaik pada anak2.— with Widyana Ali.

Comments