Skip to main content

6 Tips lipat baju, simpan baju dan gosok baju Cepat !!

Ada orang kata lipat baju ni buang masa, orang yang kata yer bukan saya kata. Tu sebab ada yang prefer upah the "expert" untuk lipat baju. Poket masing-masing so tepuk dada tanya sendiri. Sekurang-kurang baju tak berlonggok dan menimbun. Mata pun tak sakit, tapi sampai bila nak upah orang???! Kadang kadang ada yang lagii sakit hati sebab yang tolong upah lipat baju tak ikut citarasa dan spesifikasi. Dah 2x kerja. 

Ada juga yang rela simpan baju berbakul-bakul dan berbuntil-buntil. Hujung minggu baru lipat. Ada yang berminggu-minggu pun tak lipat-lipat gak. Ada yang longgokkan jer sebab senang nak cari tak yah nk selongkar bagaii. Jenuh wooo

Apa pun asbab kita cer cuba praktiskan 6 tips lipat baju, simpan baju dan gosok baju cepat.

(1) Handphone letak tempat lain. Lagi jauh lagi bagus. Jangan sambil lipat baju sibuk scroll facebook ataupun main wassap. Kerja 20 minit pun jadi 3 jam tak siap-siapkan. Fokus lipat kain sampai siap. Ingat yer ini faktor utama yang menentukan kejayaan anda lipat baju cepat.

(2)  Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. 

(3) Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori nak lipat dan nak hanger. Sambil asingkan ikut kategori, pastikan semua baju yang terbalik (dalam ke luar, luar ke dalam) di betulkan. Biasanya 

::Hangerkan::
  • Baju kemeja / T-shirt / Seluar suami
  • Baju blouse / Jubah / Seluar momma
  • Baju jalan anak-anak
::Lipat::
  • Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar / Tshirt harian / Pakaian dalam
  • Baju harian anak-anak / pakaian dalam / stokin 
(4) Bila yang hanger dah diketepikan masuk bakul siap-siap, baju yang nak lipat jadi tak banyak sangat pun. Magic !! Jadi mulakan melipat baju sehingga selesai. 
Tadaa ... kami punya. Baju anak-anak yang banyak, maklum ler princesses ramai.


(5) Dah lipat terus masuk dalam bakul dan angkat masuk almari siap-siap. Jangan letak tepi kang 2x kerja melipat lagii sebab duk cari baju selongkar bakul. Dah simpan baju sambung dengan baju yang nak hanger pula. Mana yang nak gosok letak kat tempat gosok, yang tak yah gosok masuk dalam almari terus. 


(6) Pastu sambung terus untuk gosok baju yang penting dulu cth baju kemeja suami, seluar kerja, blouse, tudung, baju sekolah dll. Tahu tak dalam masa sejam menggosok baju anda dah bakar 160kcal. Bonus kan?! Cukup sejam leh decide nak sambung menggosok atau buat benda lain pula. 

Diharapkan tips yang saya share ni, korang boleh amalkan dan mudah-mudahan dapat meringankan beban korang yang banyak baju belum lipat tu. Nak tolong lipatkan susah ler kan, jadi boleh bagi tips je. 

Okay sekarang niat untuk mulakan operasi lipat baju korang yang bergunung-ganang tu. Saya sudah selesai, Alhamdulillah.



Salam Sayang,
Master Azlin
Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Comments