Skip to main content

JJS : Jalan-jalan Sabah #1

Bismillahirrahmanirahim...

Walaupun Lahad Datu tengah bergolak, kami teruskan juga family holiday ke Kota Kinabalu, Sabah since semua persiapan dah buat dari tahun lepas... Mengikut adik ipar yang menetap di Sabah, jarak antara Lahad Datu dengan Kota Kinabalu adalah seperti Johor dengan Kelantan, so jangan risau. In Shaa Allah selamat. 

March : Travel Day

 Anak-anak paling seronok sebab dapat naik aeroplane
Lepas trip Langkawi tahun lepas, boleh kata setiap kali nampak aeroplane 
lil Dzakirah mesti tanya
"Momma bila nak naik aeroplane.."
ni pengalaman ke-3 anak-anak naik aeroplane...  
so tak bleh ler slalu sangat kan, ada rezeki ada ler...

  Sejak mengandung ni lil Dzakirah asyik nak berkepit dengan momma
akak Damia dengan abahnya...
 
 Kudap-kudapan sewaktu mula take-off
Flight ada dalam 2 jam ++
Lil Dzakirah lepas makan, menyusu & tidur jer hingga ler nak mendarat
Alhamdulillah takde banyak ragam

Cuma buat akak Damia buat gempak sket tang nak mendarat tu la dia nak g toilet... Adeh  nak suh tahan payah... sib baik abah bijak pakaikan pampers adik yang ala-ala muat jer kat Damia... sib baik adik dah pakai saiz XL, hihi... 


Buat momma, travel masa mengandung kali ni tak seselesa seperti biasa... flight 2 jam ni rasa cam 6-8 jam, penat duduk kot. So far rasa mual-mual nak muntah takde dah... travel kali ni masa kandungan nak masuk 19 minggu. So, masa nak bording kene isi form declare pregnant. Rasa dah besar baju yang momma pakai, pun masih nampak.

Sampai di Kota Kinabalu, adik ipar pickup naik van yang disewa khas utk trip holiday kali nih... ermmm sepanjang otw ni ler baru rasa badan tak sedap, berangin semacam... belikat start sakit mencucuk-cucuk... Sampai rumah terus flat. Kira mabuk kapal terbang kot. Sudahnya tidur jer. Lepas tu start bersin jer tak henti-henti sampai mata bengkak and bersalin sluar 2x sbb terlepas... Memang dugaan. Mlm pula tetiba black-out so jalan2 ler kami semua amik angin pusing2 bandar KK.

Alhamdulillah balik elektrik dah ada... so telan 4 bj osteromatrix + 1 bj bcomplex & terus tidur. Esoknya alhamdulillah, no more bersin2 dan semakin recover. Maner boleh lembik-lembik, hari ni kami nak jalan2... hihi gigihkan juga.

 Bersambung...
 

Comments