Skip to main content

Motivasi Pagi : Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

Semperna tahun baru 1433H, jom kita berhijrah jadi isteri yang baik yang sentiasa berfikir setiap hari bagaimana kita manfaatkan waktu kita untuk faedah dan manfaat kepda suami, anak-anak, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Jom kita menjadi isteri yang efektif, yang bahagia & membahagiakan dengan hanya menjaga 5 aspek penting ini dalam kehidupan kita... renung-renungkan... Million thanks to Dr. Muhaya. 
 



1. Fizikal - Jaga tubuh badan, kesihatan & pemakanan. Perlunya pemakanan yang seimbang, tapi berapa orang yang dapat mencari makananan yang betul-betul seimbang dan bernutrisi?? maka, cari dan berikan supplement yang terbaik kepada keluarga anda, suami anda, anak-anak anda... Vitamin ini bahan yang diperlukan sedikit untuk fungsi yang optima bagi seluruh sel kita..

2. Mental - Bina minda kita dengan bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan mendatangkan faedah. Menonton rancangan-rancangan yang berunsur motivasi, menghadiri majlis-majlis ilmu  dan sebagainya.. as long bina minda anda

3. Kerohanian - Jaga hubungan kita dengan Allah. Niatlah setiap hari unutk menjadi khalifah yang baik dan jalankan semua urusan wajib mengikut hukum Allah. Pastikan solat sentiasa dijaga didalam rumah kita. Perbanyakkan buat kebaikan kepada seluruh makhluk Allah didunia ini.

4. Hubungan dengan Manusia - tips nak bina rumahtangga bahagia, kita perlu buat 3 perkara. Bila jumpa suami kita, pastikan kita
  • MENGHARGAI nya
  • SEBUT KEBAIKAN nya
  • JANGAN MENGKRITIK nya
ini semua untuk suami, anak-anak, ibu mertua, pembantu rumah & sesiapa sahaja. Kalo kita nak anak kita jadi orang yang baik, berikan  anak-anak kita pelukan, berikan pujian dan nyatakan bahawa anda bangga mendapat anak itu sebagai anak kita...

Untuk itu dalam hubungan sesama manusia, kita kena layan orang lebih daripada kita ingin dilayan... Apabila kita jumpa orang letakkan 2 tanda berikut... Kita kena hormat semua orang macam manusia.
  • 1. Saya ingin rasa penting
  • 2. Tolong fahami saya
5. Kewangan - Belanja kepada kebaikan. Jangan membazir kepada benda-benda yang yang tidak berfaedah dan tidak perlu...

Comments