Skip to main content

Tazkirah Ramadhan : PUASA CEMERLANG SEORANG ISTERI DAN IBU

 SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG LEPAS... 
InsyaAllah
  • Melatih anak-anak berpuasa. Dapat beberapa jam pun alhamdulillah, sebagai latihan awal supaya tidak terkejut apabila dah masuk umur baligh nanti. Bagi anak-anak kecil yang membesar di perantauan khususnya di negara minoriti Muslim, ketiadaan suasana meriahnya berpuasa boleh menyebabkan anak-anak kita terabai dalam menunaikan ibadah ini. Justeru ibu kena kreatif. Contohnya, anda boleh buka cerita Upin Ipin mengenai puasa di bulan Ramadhan, dan biasakan membuka yotube nasyid niat puasa oleh Raihan.
  • Walaupun kehidupan ibu agak memenatkan juga sebagai pengurus rumah tangga, apa kata anda menjadikan semua kerja-kerja di rumah sebagai ibadah dengan menjaga niat?
  • Ketika berehat pun kita masih boleh beribadah. Ketika baring, kita boleh berwirid atau baca al-Quran. Atau baca sahaja mana-mana ayat yang kita hafal.
  • Apa kata, anda minta suami anda jadi imam solat di rumah? Dan minta mereka menyemak bacaan al-Quran anda?
  • Sekali-sekala, ‘halau’ (baca:ajak) suami anda ke Masjid. Letakkan sasaran, sekurang-kurangnya seminggu sekali contohnya. Kalau suami mengadu penat kerana tarawih panjang, bagi cadangan kepadanya supaya cuba dulu 2 raka’at sahaja setiap malam. Kemudian yang berbaki, boleh buat di rumah.
  • Terutama kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang kecil, mungkin masa mereka untuk beribadah secara khusus agak terhad. Apa kata minta suami untuk memberi peruntukan masa kepada si ibu, minta mereka jaga anak-anak, supaya dapat bertadarus atau berprogram bersama-sama dengan kaum ibu lain dalam sejam dua?
Thanks to Azi for sharing... untuk Puasa cemerlang seorang suami boleh terjah ke blog Azi.

Comments