Skip to main content

Gelombang otak membantu mendapatkan hasil perahan yang banyak?

Ada banyak email yang bertanyakan kepada ibu bagaimanakah ada sesetengah ibu yang memerah hasil susunya sangat lumayan dan lebih menarik ianya kelihatan pekat?

Namun sebelum ibu jelaskan dengan lebih lanjut..... dengan bahagianya ibu memaklumkan kepekatan susuibu adalah bergantung dan berkadaran dengan apa yang diamalkan oleh si ibu. Jika si ibu tidak tidak menjaga pemakananannya, maka sudah pasti susunya kelihatan sedikit cair dan untuk mendapatkan susu yang pekat golongan ibu ini memerlukan masa menunggu iaitu dipanggil hind milk. Berbeza dengan ibu yang makan sedikit tetapi berterusan dan konsisten menjaga pemakanannya. Ada teman ibu yang badannya sama meningkat dengan perkembangan dan pembesaran anaknya , ini dikatakan kerana beliau mengamalkan pengambilan nasi yang banyak pada setiap waktu makan.

sumber goggle

Namun  segolongan besar kawan dan kenalan cyber ibu lebih suka mengamalkan pengambilan supplement , ini kerana lifestyle hari ini sangat berbeza berkadaran dengan perubahan masa. Pengambilan supplement membantu memastikan si ibu mendapat semua zat yang diperlukan oleh tubuh dan ini membantu memastikan susuibu lebih pekat dan penuh nutrisi. Golongan ini mendapati susu mereka sangat pekat berbanding sebelum mengambil supplement.

Namun  mengapa ada yang boleh mendapat hasil perahan sehingga 10-12oz hanya melalui satu sesi perahan manakala ada yang sangat sukar walau untuk mendapat 1oz susuibu?

Memang kita balik pada rezeki, namun ALLAH telah berfirman yang bermaksud; Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. 

Takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia. Tuhan Maha Adil, Dia akan memberikan sesuatu kepada umat-Nya sesuai dengan kadar usaha dan ikhtiarnya.

Konsep Asas penyusuan.

1. Kerapkan menyusu bayi atau membuat sesi perahan yang konsisten di mana maximum jarak dari satu perahan kepada satu perahan ialah setiap 3 jam. Jangan memberi alasan saya tidak memerah kerana susu saya tidak bengkak. Tidak perlu tunggu ianya bengkak sebaliknya teruskan sesi perahan setiap hari. Rata-rata ibu muda terutama yang baru bergelar ibu akan mudah kecewa apabila sentiasa mengharap susunya bengkak kemudian baru berniat untuk memerah. Ini konsep yang salah. Susuibu akan lebih banyak terhasil apabila bayi kerap menyusu ataupun si ibu kerap membuat sesi perahan. Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan, maka lebih banyak susuibu akan dihasilkan.

Keperluan Air oleh badan.

Susuibu adalah salah satu cecair yang dihasilkan oleh badan. Maka keperluan air terhadap proses penghasilan susuibu juga sangat penting. Si ibu disarankan memastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 2 L sehari jika tidak mengambil apa2 supplement manakala 3 L sehari bagi yang mengambil supplement. Pengambilan air perlulah disukat dengan sebaik-baiknya agar keperluan badan dipenuhi dengan betul. Janganlah dengan hanya meneguk air secawan dua sudah merasakan terlalu banyak air yang di minum dan kemudian kerungut hasil perahan tidak banyak. Pastikan setiap kali selepas bayi menyusu atau selepas setiap sesi perahan, si ibu akan minum segelas air demi menggantikan air yang telah digunakan untuk penghasilan susu. Begitu juga selepas ke tandas, pastikan air dalam badan diganti semula. Ini sangat penting agar badan ibu tidak kekeringan dan akhirnya menyebabkan keletihan yang melampau.

Gelombang Otak juga memainakan peranan.

Dulu ibu pun tak tahu mengenai perkara ini namun setelah mendapat melalui pembacaan dan penerangan dari beberapa teman yang expert maka barulah ibu tahu betapa pentingnya peranan gelombang otak dengan penghasilan susuibu. Ibu sendiri membuat kajian dan mendapati apabila seseorang ibu itu menyusukan anaknya secara langsung, dan dalam keadaan hatinya tenang maka gelombang otaknya mungkin berada pada fasa Alfa iaitu jenis gelombang yang frekuensinya sedikit lebih lambat dibandingkan beta, yaitu 8-12 Hz. Alfa berhubungan dengan keadaan  pemikiran yang tenang dan sangat santai. Maka penyusuan secara langsung sangat hebat untuk banyakkan susuibu. Ini kerana si ibu dapat menatap wajah si manja sambil membelai lembut rambut dan kulit bayi yang dipangku.

Bagaimana dengan si ibu yang bekerjaya dan perlu membuat sesi perahan pada siang hari? Si ibu digalakkan menatap gambar wajah si kecil dengan penuh kasih sayang demi memastikan gelombang Alfa tercapai. Namun perkara ini adakala sangat mustahil terutama jika si ibu itu mempunyai banyak workload yang perlu disiapkan maka otaknya tadi pasti berada dalam gelombang Beta iaitu gelombang otak yang frekuensinya sangat tinggi. Biasanya dalam keadaan ini otak kita terlalu banyak berfikir dalam satu masa....mana nak kejar waktu opis, runsing kalau bos marah sebab pergi memerah, teringatkan rumah yang berselerak, terkenangkan gelagat rakan sekerja yang suka memperleceh....malah banyak lagi. Bila si ibu berada dalam gelombang ini, maka penghasilan susu akan sedikit terganggu. 

 Berbeza dengan si ibu yang tenang sambil membuat perahan...membuat sesi perahan sambil mendengar ayat-ayat suci Al Quran, mendengar lagu yang disukai serta membaca majalah kegemaran....insyaALLAH gelombang Alfa mudah dicapai...dalam sedar tak sedar hasil perahan menjadi banyak untuk satu sesi sahaja. Ini berlaku ke atas beberapa kenalan cyber ibu dimana tanpa disedari hasil perahannya menjadi banyak dengan tiba-tiba.

Bagaimana nak dapatkan gelombang Alfa setiap hari dan setiap kali memerah? Bayangkan saat-saat gembira apabila mencium anak, berpelukan dengan si kecil di atas katil serta tataplah wajah si kecil sambil memerah....selain itu elakkan memikirkan perkara-perkara yang menyibukkan otak dan mengganggu gelombang otak sehingga memasuki gelombang Beta. Pengambilan vitamin B dan C juga dikatakan membantu kestabilan hormon dan menenangkan perasaan dan fikiran si ibu.


Doa yang berterusan

Tidak kiralah anda beragama apa, namun kita disarankan mempunyai tempat pergantungan dalam hidup iaitu Tuhan. Bagi yang beragama Islam, pastikan tiang agama itu dijaga...solat tidak dipandang remeh, amalan2 baik yang berterusan seperti berzikir, mengaji dan bersedekah sangatlah digalakkan. Ibu membuat satu teori, orang yang banyak melalukan solat sunat syukur mendidik hatinya menjadi seorang yang sabar dan tenang. Ianya juga membantu mengelakkan terjadinya hati yang suka memberontak dan tidak redha dengan keadaan harian.

Bagi ibu yang sibuk dan sentiasa stress...tidak salah mencuba pengambilan supplement agar badan bertenaga dan fikiran tidak mudah menjadi negatif dan dapat mengelakkan sifat putus asa. Teruskan membaca agar mendapat ilmu yang lebih banyak untuk menjayakan misi penyusuan anda!!!  

**credit utk kak N
 

Comments

Salam momma..tq coz kongsi info yg sgt2 berguna. patutlah, ada masa susu yg saya perah pekat dan ada masa cair. apapun alhamdulillah krn hasilnya cukup utk qaseh. Cuma saya sgt teruja tgok stok EBM momma yg bnyk tu..mcmna anak2 minum ya?
AziE-rAh said…
Salam..
Thanks a lot atas info yg sgt berguna ini..
Alhamdulillah, setakat sekarang hasil susu saya masih cukup buat Alif. Bln 5 nnt baru saya start keje. So agak2 bln brp saya patut mula buatkn stok susu utk Alif?
alinalan said…
@ Salam Momma Qaseh...Sharing is caring kan? caring is loving!! Saya gembira dapat membantu.

Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain mengetahuinya sama.

Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Huhu ttg stok susu tuh, skrang ni tgh pulun habis2 nak pakai.. b4 hanya utamakan bg fresh. Alhamdulllah Dzakirah minum 1 hari ada dlm 3-4 botol 5oz. Caiyok2 mama Qaseh pun boleh!!
alinalan said…
@ As Salam Azie-rah!! Tahniah kerana memilih utk menyusukan Alif dgn susu ibu!! Bestnya lama bercuti bersalin.

Seelok2nya dinasihatkan buat stok susu lebih awal, kalo boleh start dr sekarang sbb kt tak kan tahu apa yg bakal menduga kt nanti, spt sakit ke (mintak dijauhkan) berjauhan ker. At least ada back-up nnti.
AziE-rAh said…
W'salam. Thanks sbb menjawab pertanyaan Azie. Utk pengetahuan akak, Azie skrg stay at Bangkok. Sbb tu cuti. Hubby keje sini smpai bln 4. Kalau Azie nk buat stok skrg, mcm mna Azie nak bawa balik nnt?