Skip to main content

Apa yang dikongsi dalam WOHOWO 1???


Credit to Azie...

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari "side-income" yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.
 

Segmen seterusnya berkisar tentang "How To.." dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. 


Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd - sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. 

Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

Word power!!!
"jadikan Allah sebagai "bisnes partner" kita di dalam bisnes yang diusahakan - Insya-Allah berjaya. Amin!

"Kekayaan sebenarnya bukanlah berdasarkan berapa banyak wang yang kita HASILkan, tetapi sebenarnya berdasarkan berapa banyak wang yang kita SIMPAN! "

BERMINAT???

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.

Boleh email to
MommyLyna - mommy @fahry.net 
or 
Assie - greatmindstc@gmail.com 
 

tempat terhad!!!
 

Comments